Blogger Backgrounds

Jom Heboh 28.09.11.....Santai

punyerlah dh lame nk g jom heboh bru berpeluang kali ni...time kt jb xbrape bermint nk g...ada jgk borong...smpt bli  besday present kt my handsome si kecik sorg nie bola  gergasi yg besar....sblum blik xsangka dipnggil plak utk dtemu ramah oleh stdnt2 utm kl utk projek diaorg...jwb je la ape yg ada kt kepala....ape2 pun ENJOY!!!!


Orkut Myspace Teddy Bear Scraps, Graphics, Comments and Glitters


So Sweeeeeeeet!!!!!!............


Petua Untuk Hati Yang Sedang Bersedih

1.  Amalkan tasbih, tahmid dan takbir. Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada anaknya Siti Fatimah.
2. Berdoa – Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
3. Sibukan diri dengan sesuatu – Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran dan  pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
4. Luahkan perasaan anda – Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya  (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis dairi atau catatan harian, menulis blog dan  sebagainya.
5. Senyum – Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah di hadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

eMotivasi: Petua Untuk Fokus Apa Yang Anda Inginkan

Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikiran positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambil masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak. Lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.
Ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.
Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.
Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:
1. Mulai hari ini aku tidak malas lagi.
2. Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
3. Aku tidak mahu buang masa lagi.
4. Aku tidak mahu lawan cakap orang lagi, jika tidak perlu sangat.
Positifkah anda? Jawapannya ialah tidak. Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap orang, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah juga yang akan terhasil. Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.
Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:
- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.
- Mulai hari ini aku solat 5 waktu.
- Aku akan tumpu pada pekerjaan dan lain-lain hal yang memberi manfaat.
Lihat, kata-kata seperti itu membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, 2 kali atau 10 kali berkata-kata secara positif. Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda, maka satu hari nanti tanpa anda sedari, anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah. Fokus kepada apa yang anda mahukan!

alahai weekend...

masuk je wkend...boring...duk cni bkn ade ape pn..xde ape2 yg mnarik...asyik2 pndg hutan..tp bgus jgk dapt lihat kebesaranNYA...(muhasabah diri)...bile ddk sendiri2 kdg2 terfkir gak kehidpn yang dilalui setiap hari rutin nyer same je..nothing special..but life must be go on kan..so lyn je la...klu xde bt ape duk je kt bilik...kwn2 yg sekepala jauh2...nk kuar drive malas..best kan klu aku nie sty kt kl...xde la bosan sgt..klu org yg kenal aku..msti ckp..."ckit2 kl"...nk bt mcmna aku mmg suke life kt sane..bile la agknya aku dpt stay kt sane.kkdg ya kite nk xsemestinya terus dpt..ape2 pn sabor je la.moga2 suatu hari nnt jdk kenyataan..